Options
Tentang: Penasalan (2) [About word morphology (2)]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1992, May 27). Tentang: Penasalan (2) [About word morphology (2); Radio broadcast transcript]. In Sari Bahasa. Singapore Broadcasting Corporation (SBC). https://hdl.handle.net/10497/20107
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Transkrip ini adalah dari siaran rancangan Sari Bahasa di SBC, W94.2 dan adalah tentang hukum penasalan (2). Ada keraguan menyebut 'menyucikan' atau 'mensucikan'. Kekeliruan sedemikian itu tidak patut timbul kerana tiada perbezaan makna antara sebutan 'menyucikan' dan 'mensucikan'. Lain halnya dengan kata-kata bentukan 'penyakit; pesakit' dan 'penyara; pesara'. Oleh kerana tidak ada perbezaan makna, maka mesti mematuhi hukum penasalan yang biasa. Dan kerana fonem pemuka kekata 'suci' itu ialah /s/, maka mesti disisipkan nasal /ny/ antara awalan 'pe' dengan 'suci' dan luputkan /s/ yang jadi fonem pemuka itu. Jika kekata itu berfonem pemukakan 'c', 'd', 'j', 't' dan 'z' misalnya kekata-kekata: 'cuci', 'dapat', 'jawab', 'tulis', 'ziarah' dan lain-lain yang sebagainya, maka antara awalan 'pe' atau 'me' dengan fonem pemuka kekata itn disisipi nasan /n/. Kecuali fonem pemuka /t/ di luputkan, fonem-fonem pemuka yang lain tetap kekal, misalnya: 'cuci' jadi 'mencuci; pencuci', 'dapat' jadi 'mendapat; pendapat', 'jawab' jadi 'menjawab; penjawab', 'ziarah' jadi 'menziarah; penziarah' dan lain-lain seumpamanya.
This transcript was delivered in a program Sari Bahasa broadcasted by SBC, W94.2 and is about the law of 'penasalan' (2). There are some doubt when using the words 'menyucikan' or 'mensucikan'. Such confusion should not arise as there is no difference in meaning between the two words. It is not the same with some other word formations such as 'penyakit; pesakit' and 'penyara; pesara'. Because there is no difference in meaning, then it is necessary obey the general rule of 'penasalan'. And because the beginning phoneme of the word 'suci' is /s/, then there is a need to insert the nasal /ny/ between the 'pe' and 'suci' and clear out the /s/ that was the beginning phoneme of the word 'suci'. If the word has a beginning phonemes 'c', 'd , 'j', 't' and 'z', e.g. the words: 'cuci', 'dapat', 'jawab', 'tulis', 'ziarah' and so forth, then the prefixes 'pe' or 'me' with the beginning phoneme and inserted with the nasan /n/. Except for the phoneme /t/ is cleared, the other beginning phonemes remains, e.g. 'cuci' becomes 'mencuci; pencuci', 'dapat' becomes 'mendapat; pendapat', 'jawab' becomes 'menjawab; penjawab', 'ziarah' becomes 'menziarah; penziarah' and so forth.
Date Issued
May 27, 1992