Options
Tentang: Bertanya [About the word “asking”]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1992, June 23). Tentang: Bertanya [About the word “asking”; Radio broadcast transcript]. In Sari Bahasa. Singapore Broadcasting Corporation (SBC). https://hdl.handle.net/10497/20158
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Transkrip ini adalah dari siaran rancangan Sari Bahasa di SBC, W94.2 dan adalah tentang 'bertanya'. Ada dua kaedah bertanya dalam bahasa Melayu. Pertama; dengan menggunakan ganti nama pertanyaan dan kedua; dengan menggunakan partikal 'kah'. Bagaimanapun, jika 'bertanya' dengan menggunakan ganti nama pertanyaan tidaklah seyogia digunakan juga partikal 'kah' itu. Ada beberapa kekata yang terkategori sebagai ganti nama pertanyaan iaitu; 'apa', 'siapa', 'mengapa', 'kenapa', 'berapa', 'bila', 'mana', dan 'bagaimana'. Ada juga orang yang 'bertanya' dengan mengimbuhkan partikal 'kah' kepada ganti nama pertanyaan itu menjadi; 'apakah', 'siapakah', 'mengapakah', 'di manakah', 'bagaimanakah' dan sebagainya. Tetapi, pengimbuhan serupa itu sepatutnya tidak harus dilakukan. Sebenarnya, partikal 'kah' itu hanya harus diimbuhkan sebagai penanda pertanyaan kepada kekata-kekata yang bukan kata pertanyaan.
This transcript was delivered in a program Sari Bahasa broadcasted by SBC, W94.2 and is about 'bertanya' (asking). There are two methods of questioning in the Malay language. First by using 'gantinama' (pronouns) and the second is by using the particle 'kah'. However, if asking with the use of 'ganti nama' it is not necessary to use the particle 'kah'. There are several words that are used as query words, i.e.; 'apa' (what), 'siapa' (who), 'mengapa' (why), 'kenapa' (why), 'berapa' (how much), 'bila' (when), 'mana' (where) and 'bagaimana' (how). There are also people who ask by adding the particle 'kah' to the query words to become; 'apakah', siapakah', mengapakah', di manakah', 'bagaimanakah' and so on. However, such augmentation should not have been done because the particle 'kah' should only be augmented as an indicator for questions and not for query words.
Date Issued
June 23, 1992