Options
Seminar pendidikan: Mengorak langkah ke tahun 1990an [Educational seminar: Moving towards 1990s]
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1988). Seminar pendidikan: Mengorak langkah ke tahun 1990an [Educational seminar: Moving towards 1990s; Speech transcript]. https://hdl.handle.net/10497/20230
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Menurut laporan Majlis Pusat, kegiatan bulan bahasa Melayu yang dianjurkan pada tahun 1982 tidak mendapat sambutan yang baik. Ini membuatkan kegiatan itu tidak diteruskan beberapa tahun kemudian hingga pada tahun 1988 di mana diadakan bulan bahasa Melayu bertemakan bahasa menjunjung budaya. Dengan strategi teratur dan rancangan yang tersusun, kempen menggunakan bahasa Melayu yang betul dilancarkan dan digalakkan menerusi bulan bahasa tahun 1988 itu. Penyampai menekankan peri pentingnya masyarakat guru dalam menggunakan kebijaksanaan dan kebistariannya menggalak, mendorong dan membimbing masyarakat untuk menggunakan bahasa yang betul dengan baik. Penyampai juga membincangkan perihal peranan guru dalam masyarakat dan hubungan belajar-mengajar. Bukan hanya dalam erti kata 'guru' sebagai satu profesi, tetapi juga peranan pemimpin yang harus bertutur dengan bahasa yang baik supaya menjadi contoh. Juga pentingnya peranan suratkhabar, radio, tv dan lain-lain media massa yang menjadikan ia sebagai guru yang mendidik masyarakat pembaca, pendengar dan pirsawan. Pembiasaan menggunakan bahasa Melayu bukan hanya dilakukan di majlis-majlis rasmi sahaja tetapi boleh juga dijalankan dalam aktiviti-aktiviti tidak formal seperti berkumpul atau bertamu dengan jiran-jiran atau saudara-mara. Penyampai mencadangkan lagu 'Bahasa menjunjung budaya', yang dinyanyikan waktu pembukaan dan penutup bulan bahasa tahun 1988, dipopularkan semula agar ia dapat menggugah kesedaran pengguna bahasa supaya menggunakan bahasa yang betul sambil menyemaikan semangat cintakan bahasa dan budaya ibunda pada setiap anggota masyarakat. Ucapan juga dilampirkan dengan skrip musik dan senikata 'Bahasa menjunjung budaya' yang digubah oleh Abdullah Lamat dengan senikata ditulis oleh Muhammad Ariff Ahmad.
The Malay language month activity organised in 1982 did not get a good response resulting in it being discontinued for several years later. In 1988, it was held with the theme 'bahasa menjunjung budaya' (language upholding culture). With a more organized strategy and structured plan, the campaign to use correct Malay language was launched during the language month in the year 1988. The speaker emphasized on the importance of the teachers' community in using their wisdom and intelligence to encourage, motivate and guide the community to use the language well. The speaker addresses the teaching and learning relationship in which the 'teacher' is not just limited to the profession, but also the role of leaders who set good examples when using the language to communicate with the community. Equally important is the role of newspaper, radio, TV and other mass media as teachers which educate the community of readers, listeners and audience. Usage of the proper and correct Malay language can not only be done at official events but can also be carried out in informal activities such as gatherings with neighbours or relatives. The speaker suggested the song of 'bahasa menjungung budaya', which was sung during the opening and closing ceremony of the language month in 1988, be popularized again so as to increase the community's awareness and usage of the language as well as to nurture the love of language and culture to every member of the community. Attached to the speech is the music script and lyrics of the song 'bahasa menjunjung budaya' composed by Abdullah Lamat with lyrics written by Muhammad Ariff Ahmad.
Date Issued
November 20, 1988
Description
Speech delivered at the Seminar pendidikan: Mengorak langkah ke tahun
1990an, organised by Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura, 20
November 1988, Maktab Rendah Victoria, Singapore
1990an, organised by Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura, 20
November 1988, Maktab Rendah Victoria, Singapore