Options
Citation
Muhammad Ariff Ahmad. (1988, August 26). M22 [Radio broadcast transcript]. In Nordin Kassim (Producer), Mestika Pusaka. Singapore Broadcasting Corporation (SBC). https://hdl.handle.net/10497/20440
Author
Muhammad Ariff bin Ahmad
Abstract
Transkrip ini adalah dari skrip M22 dari rancangan Mestika Pusaka dari siaran Radio 2, SBC dan adalah perbincangan peribahasa mengenai kehidupan manusia. Proses kehidupan kita tidak mendatar semata-mata seperti peribahasa 'perjalanan hidup ini ibarat roda kereta'; ada turun naik nya. Demikian jugalah 'sekali air bah sekali pantai berubah' atau variasinya 'sekali air dalam sekali pasir berubah', 'sekali air pasang sekali pantai berubah', 'sekali air besar sekali tepian berkisar' dan 'sekali air besar sekali tepian berganjak' yang menunjukkan bahawa tiap-tiap kali berganti pemimpin atau berganti ketua dalam sesebuah negara ataupun desa maka hilanglah adat yang lama dan berganti adat yang baru pula. Peribahasa 'seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia' menunjukkan keadaan yang tiada tetap dan yang berubah-ubah. Keadaan yang tiada tetap begitu juga disebutkan sebagai 'langau di ekor kerbau' atau peribahasa 'mengebat tidak erat; memancung tidak putus'. Namun, perlakuan dan perubahan itu berbeza-beza, dari semasa ke lain masa seperti peribahasa 'lain hulu lain parang; lain dulu lain sekarang'. Skrip ini juga membincangkan tentang peribahasa seperti: 'raja adil raja disembah; raja zalim raja disanggah', 'pilih-pilih ruas terpilih pada buku', 'pilih-pilih tebu terpilih labu muda', 'rosak tapai kerana ragi', 'rosak bawang ditimpa jambaknya', 'harapkan pagar, pagar makan padi', 'pepat di luar rencong di dalam' dan lain-lain. Peribahasa 'senjata makan tuan' dan 'harapkan pagar, pagar makan padi' adalah sindiran bagi seseorang yang diamanahkan sesuatu tetapi rupa-rupanya dialah pengkhianat. Jangan sampai menjadi mangsa seperti peribahasa 'dengar cakap enggang makan buah beluluk; dengar cakap orang terjun masuk lubuk' kerana ramai orang yang mengaku pandai ibarat peribahasa 'di mana tiada helang, belalang mengaku dirinya helang' atau 'di mana tiada helang, kata belalang akulah helang' yang bermakna seseorang yang mengaku pandai dan serba tahu, di tempat yang kebetulan tidak ada orang yang pandai dan tahu seumpama itu. Peribahasa 'belalang hendak menjadi helang' pasti menunjukkan yang seseorang itu bertindak dengan tujuan tertentu, dia mengaku serba tahu untuk meyakinkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Skrip ini membincangkan banyak lagi peribahasa lain.
This transcript is from the M22 script of the programme Mestika Pusaka from Radio 2, SBC and is about proverbs relating to human lives. The process of life is not flat just like the saying 'perjalanan hidup ini ibarat roda kereta'; there are ups and downs. Similarly, 'sekali air bah sekali pantai berubah' or the variations 'sekali air dalam sekali pasir berubah', 'sekali air pasang sekali pantai berubah', 'sekali air besar sekali tepian berkisar' and 'sekali air besar sekali tepian berganjak' shows that whenever there is changes in the leadership in a country or village, then old customs will disappear in exchange for new customs. The proverb 'seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia' indicates that situations are not fixed and it changes constantly. This unstable condition is referred to as a 'langau di ekor kerbau' or the proverb 'mengebat tidak erat; memancung tidak putus'. However, behaviors and changes varies from time to time such as in the proverb 'lain hulu lain parang; lain dulu lain sekarang'. This script also discusses proverbs such as: 'raja adil raja disembah; raja zalim raja disanggah', 'pilih2 ruas terpilih pada buku', 'pilih2 tebu terpilih labu muda', 'rosak tapai kerana ragi', 'rosak bawang ditimpa jambaknya', 'harapkan pagar, pagar makan padi', 'pepat di luar rencong di dalam' and many others. The proverbs 'senjata makan tuan' and 'harapkan pagar, pagar makan padi' are allusions to someone who is entrusted with something but turns out to be a traitor. Do not be a victim like in the proverb 'dengar cakap enggang makan buah beluluk; dengar cakap orang terjun masuk lubuk' because there are many people who claim to be clever like in the proverbs 'di mana tiada helang, belalang mengaku dirinya helang' or 'di mana tiada helang, kata belalang akulah helang' which means someone who claims to be clever and knowledgeable, in a place where no one is clever and knowledgeable in that particular field. The proverb 'belalang hendak menjadi helang' certainly shows that the person acts with a specific purpose; admitting to being knowledgeable so as to convince others for his own benefit. This script discusses many other proverbs.
Date Issued
August 26, 1988